BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

fahami hukum hudud sebelum becakap k....


jumaat 7/10/2011 (9.38am)

Sebelum saya memperkatakan hudud dengan lebih lanjut, eloklah kita mengambil pengertian Hukum Hudud dalam Kanun Jenayah Islam ini terlebih dahulu.

Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin, dll.

Hukum Ta'zir ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH. ALLAH hanya memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menetapkannya. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Contoh-contoh hukum ta'zir ialah diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya, dipenjarakan, dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum, didenda duit atau disuruh buat kerja berat, dsb.nya

Manakala hukuman qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka, dsb.nya. Walaubagaimanapun, pemberian maaf oleh pihak yang dizalimi boleh diterima mahkamah dalam perkara ini.

Demikianlah erti hukum jenayah Islam itu, bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes.


Baik.
Kita telah mengetahui akan pengertian hukum2 jenayah dalam Islam tersebut yang wajib kita imani.